Sunday 17 April 2011

BN terus diyakini rakyat!!

Najib Tun Razak (kanan) menunjukkan angka 52 jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (sehingga 10 malam) sambil diperhatikan oleh Rosmah Mansor serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN di Menara Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.



entri ini hanya sekadar berkongsi tentang isu semasa sahaja dan tiada langsung elemen ataupun menyokong mana2 pihak @pun parti yang bertanding di sarawak baru-baru ini...:D

(petikan dibawah di ambil dari utusan malaysia online...) yer.. :)

...........................................................................................................................................................................................................................




KUALA LUMPUR 16 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sarawak hari ini merupakan satu kemenangan yang sangat bermakna dan jelas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN masih tinggi lagi.
Dalam sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kuching, Perdana Menteri, yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, mengucapkan tahniah kepada Taib dan BN Sarawak atas kemenangan yang sangat bermakna walaupun ia mendapat tentangan yang hebat kali ini.


“Dan kejayaan yang telah kita capai di banyak kawasan menunjukkan majoriti yang besar dan ada yang bertambah majoriti.


“Dengan ini maka, apa yang perlu kita lakukan ialah untuk menyampaikan ucapan berbanyak banyak terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana mereka telah mengekalkan sokongan dan keyakinan berterusan kepada BN,” katanya.

Najib yang turun padang untuk berkempen sepanjang pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah negeri itu, berkata, kerajaan pusat akan memastikan semua janji pilihan raya kepada rakyat Sarawak akan ditunaikan.

BN telah pun memperoleh majoriti dua pertiga atau 48 kerusi pada pilihan raya yang mempertandingkan 71 kerusi.

Turut hadir, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung UMNO dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pula berada di Kuching bersama Taib pada  sidang video itu.


Taib, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata beliau bersyukur telah dikurniakan dengan kemenangan bagi membolehkan BN kembali memerintah negeri Sarawak.
Katanya, BN negeri itu akan terus berusaha memajukan Sarawak supaya pembangunannya seiring dengan negeri-negeri lain.

“Kami di Sarawak mengucapkan terima kasih di atas sokongan Perdana Menteri sendiri dan Timbalan Perdana Menteri kerana dengan susah payah, penat lelah melawat kawasan-kawasan pilihan raya ini.


“Ini satu tanda kita mahu mendahului kepentingan rakyat,” kata beliau yang mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dengan majoriti selesa 5,726 undi.
Taib juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak yang menyokong BN pada pilihan raya ini.


“Nampak majoriti dalam banyak kerusi bertambah naik...tinggi, menunjukkan keyakinan rakyat kepada kita. Walaupun cara-cara berkempen lain dan cabarannya, rakyat Sarawak dapat mempertahankan dengan cukup sopan santun,” tambah beliau.
Taib juga berkata beliau berdoa semoga pada masa akan datang, Sarawak dapat melaksanakan semua janji-janji yang dibuat pada pilihan raya itu..


“Janji-janji kita setengahnya sudah ditunai oleh Perdana Menteri sendiri. Yang belum sempat kita buat kita akan penuhi,” katanya. — BERNAMA


sekian...
P/S: tahniah buat semua rakyat sarawak yang telah memberi kerjasama yang baik semasa hari pengundian..peace sarawak...:)

No comments: