ketupat sotong..(ambik resepi ni dari blog OH MALAYSIA).. |
Sotong
Beras pulut
1/2 ulas bawang besar
1 1/2 inci halia
Santan
Garam
Gula
Halba (fenugreek)
Lidi yang dipotong pendek
Cara-cara
- Buang lapisan merah pada sotong. Bersihkan kulit dan bahagian dalam sotong.
- Rendam beras pulut selama 15 minit. Letak sedikit santan dan garam.
- Masukkan beras pulut ke dalam sotong. Tinggalkan sedikit ruang dan cucuk lidi di bahagian hujung sotong.
- Rebus sotong yang telah diisi pulut di dalam periuk sehingga beras pulut masak. Kemudian toskan sotong itu.
- Mayang bawang besar dan halia.
- Masukkan sotong yang siap direbus dalam periuk. Kemudian masukkan santan.
- Masukkan bawang besar, halia dan halba.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Tunggu dalam masa 10-15 minit. Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment