Saturday 24 December 2011

Erul - Android (lirik)





best giler aku dengar lagu nih...start aku dengar lagu nih masa dalam keta nak ke johor ritu...mula 2 xtahu nama apa lagu nih...aku pon main search je kat ytube first2 aku taip "Aku Bukan Android" xkuar2 pon...Last2 ada tajuk "Erul-Android"...Try2 klik betol lagu nih...melompat lah aku...hahaha rupa2nya nih tajuk dia....lau nk tahu best ke tak try la dgr sendiri...!! best giler aku gerenti punye..!!

Wednesday 21 September 2011

10 perkara anda perlu buat bila KECEWA...!!



Hubungan cinta yang terjalin tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan buat semua pasangan. Adakalanya rasa kecewa menerpa apabila segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Tetapi anda tidak perlu risau kerana rasa kecewa yang dialami semasa bercinta adalah sesuatu yang normal.

Malah semua manusia di dalam dunia ini kebanyakannya pernah merasai kekecewaan akibat cinta. Apa yang membezakan di antara diri anda dan orang lain ialah cara anda mengatasi dan mengubat kedukaan tersebut.

Di sini disenaraikan 10 perkara yang mesti anda lakukan apabila dirundung malang atau kegagalan dalam percintaan.
1. Mendekatkan diri dengan Tuhan
Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan semasa anda bersedih sahaja. Sebaiknya sepanjang masa anda mengingati Tuhan agar hidup anda lebih tenang dan diberkati. Namun apabila berada di dalam kekecewaan, lipat gandakan lagi ibadah dan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Percayalah bahawa pasti ada rahmat di sebalik segala dugaan yang diberikan oleh Tuhan.

2. Menangislah sepuas hati
Mungkin ada orang yang beranggapan menangis bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Namun dengan menangis sekurang-kurangnya anda dapat meredakan segala tekanan yang ditanggung. Jangan pendam segala masalah yang dihadapi kerana ianya hanya akan menyesakkan lagi fikiran anda.

Malah ramai pakar psikologi percaya menangis adalah antara terapi terbaik untuk melegakan tekanan. Namun harus diingat, janganlah menangis secara keterlaluan hingga boleh memudaratkan diri. Apatah lagi jika anda seorang lelaki.

3. Mengadu pada teman

Rasa kecewa yang dialami adakalanya perlu dikongsi dengan orang lain. Namun anda harus bijak memilih teman kerana bukan semua teman mampu berkongsi kesedihan dengan anda. Pilih teman yang paling anda percayai dan minta sedikit nasihat daripadanya.

Seorang teman yang rapat sudah tentu mengenali anda secara peribadi dan mereka mampu untuk merasai segala kesedihan yang anda alami. Jadikan nasihat yang diberikan itu sebagai pemangkin untuk anda meneruskan kehidupan.

4. Menulis diari atau blog peribadi
Ada juga individu yang akan melepaskan tekanan atau rasa kecewa yang dialaminya di atas sekeping kertas. Jika cara itu sesuai dengan anda, teruskan sahaja kerana ianya cukup praktikal dan tidak menyakitkan sesiapa. Lagi elok jika anda menjadikan diari sebagai teman baik anda semasa berduka, Segala catatan yang dicoretkan adalah luahan hati anda sendiri.

Namun kini zaman semakin moden. Selain diari, blog peribadi juga sering menjadi pilihan sekiranya diri dilanda kekecewaan. Oleh itu jangan bersedih lagi kerana anda kini mempunyai ruang peribadi yang cukup besar untuk meluahkan rasa kecewa yang dialami.

5. Beri ruang pada diri sendiri
Sesetengah individu suka membuang rasa kecewa yang dialami dengan cara duduk bersendirian untuk tempoh jangka masa tertentu. Dalam tempoh tersebut anda boleh menilai semula apa yang berlaku dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Percaya pada diri sendiri dan teruskan hidup seperti biasa.

6. Jauhkan diri dari tempat kenanganmu
Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara kalian. Jalan terbaik cuba hindari lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dan si dia.

Dengan cara ini ianya sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara anda dan si dia. Jika anda masih tidak mampu, apa kata anda berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa anda yang kekosongan. 

7. Berfikiran positif
Apabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.

Oleh sebab itu, jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk anda muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok, segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila anda menemui pengganti si dia.

8. Bergembira bersama rakan
Jika sebelum ini anda selalu menghabiskan masa dengan kekasih hati hingga anda dikecewakan, apa kata kini anda cuba meluangkan masa dengan kawan-kawan anda pula. Tidak salah untuk bergembira dan bersosial bersama rakan-rakan asalkan anda tahu akan batas-batasnya.

Mungkin dengan cara ini anda dapat melupakan atau mengurangkan rasa kecewa yang dialami. Melalui kajian yang pernah dilakukan, kaedah ini dikatakan sangat berkesan dan kebanyakan mereka yang pernah mengalami rasa kecewa yang melampau berjaya mengatasinya apabila terdapat komuniti sosial mendampingi mereka. Alangkah hebatnya pengaruh rakan-rakan di dalam kehidupan kita.

9. Buat penampilan baru

Buang imej lama anda dan tampil dengan imej baru yang pastinya lebih segar dan menawan. Secara tidak langsung kekecewaan yang anda alami memberikan kebaikan kepada diri anda. Dengan penampilan baru yang lebih segar, pastinya peluang untuk anda mencari pengganti atau meningkatkan kerjaya anda terbuka luas.

Jadi jangan lepaskan peluang kerana dengan pekerjaan yang baik serta penampilan diri yang berkeyakinan anda pastinya mampu untuk mencari pengganti yang jauh lebih menarik daripada bekas kekasih anda.

10. Cari Pengganti
Jangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama. Percayalah peluang untuk anda mengubat kedukaan terbuka luas asalkan anda bijak mencari peluang. Tepuk dada tanya selera...!!

Sunday 18 September 2011

KAWAN OH KAWAN !!!


salam semua readers...
aku nk share satu story dgn korang nih..tentang kisah aku dgn MR A..walaupun tajuk dia agak "klise"  tapi aku tahu akan apa yg akan aku sampaikan ini...
ceritanya begini...
..................................................................................................................................................
Add caption

    KAWAN , SAHABAT , TEMAN , ataupun apa sahaja yg korang panggil..mksd nya tetap sama iaitu seseorang yang dapat berkongsi apa jua yang kita ada...di dlm dunia ni bohong la kalau aku ckp korng xda kwan lgsung kan??... aku juga mempunyai seorang kawan yang boleh dianggap rapat dgn aku...kisah nya bermula apabila aku mula2 masuk ke tingkatan 4..(sebelum ni cuma kwn2 biasa saja xserapat dia)..
  Aku mula kenal dia masa aku mula2 jadi pengawas.."al maklum lah kena ronda bnyak kelas" .. jadi kenalan makin bertambah dan sampai pada suatu saat aku bertemu dgn (dia)..mula2 aku ni agak sombong juga untuk kenal2 org nih..hhehe tapi bila aku tgk muka dia aku jadi macam aku nk kenal dia lebih lagi..so aku pun mengambil keputusan untuk bertukar no fon dan start mesej bagai...pada mulanya mmg lah agak kaku skit..tapi bila dah lama2 dh jadi satu habit bila balik jer mesti nk cari fon dulu.."sbb kalu naik bas dia akan sampai umah dan mesej aku dulu" ..

Monday 20 June 2011

CANTIK DALAM GAMBAR




Bulan depan kita umat islam nak puasa dah.. lepas sebulan dah raya… sebelum tu masing-masing mesti sibuk kan dengan family plan raya nanti nak pakai baju apa.. nak sedondon ke tak.. haha.. ingat dulu time Bad kecik lagi.. Mak dengan ayah mesti pilih kain kitorang anak beranak sedondon.. meriah kau time raya..

Tapi bukan pasal baju raya yang Bad nak share untuk entry kali ni.. Sebaliknya Bad nak share macam mana nak Nampak cantik, elok, handsome, kacak bergaya untuk bergambar dengan keluarga masa hari raya.. Pernahkan ambil gambar masa hari raya.. Bukan time nak raya je, malah masa kenduri kahwin pun ada..

Kadang-kadang bila kita tengok gambar kita dalam antara ramai-ramai, mesti ada raa tak puas hati.. macam berharap yg gambar kita tu cropped out jer lah.. kan.. But no worries, coz Bad ada sedikit tips on how to look good in family picture..

jangan jadi mangsa penculik...INGAT 9 TIPS nih~!!


1. Tip daripada Tae Kwon Do.
Siku adalah bahagian paling kuat dalam tubuh anda. Jika anda cukup dekat untuk menggunakannya, lakukan! Siku bahagian perut atau muka penculik.


2. Jika perompak meminta dompet anda. JANGAN HULUR KEPADANYA.
Lempar dompet anda jauh dari anda. Kemungkinan dia lebih tertarik kepada dompet dari anda dan dia akan pergi untuk mengambil dompet. LARI LINTANG PUKANG ZIG-ZAG KE ARAH LAIN! JANGAN LARI LURUS MACAM PERTANDINGAN 100M MUNGKIN PENCULIK ITU LEBIH KUAT DARI ANDA.

Tuesday 7 June 2011

Mari Belajar Bahasa THAI Dgn Cikgu Firdaus..=)



Bagi yang ingin belajar bahasa thai, di sini saya akan post kan beberapa perkataan dan ayat basic dalam mempelajari bahasa thai ini. mana la tahu kot2 korang nak melepak kat kedai tomyam masakan thai, leh la sembang ngan minah2 thai. kot2 nak sangkut ngan minah thai ke..:-)

PELAJARAN PERTAMA

satu = neng 


Monday 18 April 2011

hebatnya kaum hawa ini!!


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Sunday 17 April 2011

BN terus diyakini rakyat!!

Najib Tun Razak (kanan) menunjukkan angka 52 jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (sehingga 10 malam) sambil diperhatikan oleh Rosmah Mansor serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN di Menara Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.

'Cikgu Shida' Buat Hal Lagi!!!


adoiii...ape la lagi la ke'gila'an yang dicetuskan oleh cikgu shida nih ekk???hihihi...
oouhhh rupanya cikgu shida ni

Relationship Status Di facebook?? Cerita Sebaliknya...



Kali ni aku nak cerita sikit pandangan aku pasal relationship status kat Facebook orang. Banyak yang kita boleh huraikan sebenarnya.

Friday 15 April 2011

Resepi Ketupat ''SOTONG''

ketupat sotong..(ambik resepi ni dari blog OH MALAYSIA)..
Bahan-bahan
Sotong
Beras pulut

Mana suami saya? Mana anak-anak saya?

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya

kenangan manis bagi ku...

hahaha ..halooo...
nih cek nak habaq mai ni...kisah cek dgn kawan baik cek masa kami sekolah dulu2 la..(lau yang kurang faham tu harap maaf yer..)kenangan manis aku dgn dia sebagai seorang sahabat yang mmg akrab sgt2..

Thursday 14 April 2011

Eh.. Macam Mane Ek..: facebook shortcut link

Eh.. Macam Mane Ek..: facebook shortcut link: "derr.. malasnyer nk login facebook ni.. da la dgn masa yang tak cukup.. tambah-tambah lagi dengan kelas berlambak - lambak, belum masuk ass..."

bergila-gila~~

bila aku dengar jer lagu ni terus asa nak menari..hahaha..yela mau taknyer lagu best kot..+ s0und effect dia..huh!! terangkat...lau xpercaya try lah dgr..

berjaga malam...


hai susah betul nak tido di waktu mlm..apekah disebabkan ganguan ataupun memang sengaja???...
aku pernah dengar yang bila kita susah nak tido ni kemungkinan kita terkena penyakit insomnia..huh!! aiyorkkk..xmo...

PisAu Tump0L..: selamat datang, welcome back !!

PisAu Tump0L..: selamat datang, welcome back !!: "hai hoi hui.... first sekali aku nk say thanks to abg ben ashaari sbb dh bnyak tunjuk ajar tentang nak buat bl0g nih...& aku teruja sgt2..."

Wednesday 13 April 2011

selamat datang, welcome back !!

hai hoi hui....
first sekali aku nk say thanks to abg ben ashaari sbb dh bnyak tunjuk ajar tentang nak buat bl0g nih...& aku teruja sgt2....& then aku nak ckap hai & selamat mengenali diri saya ...ok cau bedah!